Monday, 2 October 2017

USAHAWAN YANG BERJAYA

Usahawan merupakan seorang yang mampu mencipta produk mereka sendiri. Usahawan juga seorang yang mempunyai kemahiran dan berdaya kreatif bagi menghasilkan produk baru seperti melakukan inovasi kepada produk yang sedia ada kepada produk baru. 


Apakah yang perlu dikumpulkan untuk menjadi usahawan berjaya
Untuk tidak memanjangkan entri ini dan menjadikannya membosankan, saya teruskan kepada perkara asas yang perlu anda kumpulkan sepanjang perjalanan menjadi usahawan berjaya:
  1. Ilmu – Menjadi usahawan berjaya memang susah, ianya menjadi lebih susah seandainya anda bodoh. Oleh itu kumpulkan ilmu sebanyak mungkin yang mampu digunakan untuk melaksanakan apa yang anda mahu lakukan. Tak ada alasan sekarang ini untuk mendapatkan ilmu dengan mudah. Paling baik adalah dengan jadikan tabiaat membaca sebagai darah daging. Baca buku, baca internet dan belajar daripada sesiapa saja asalkan ianya perkara baru yang bermanfaat.
  2. Semangat – Walaupun dengan ilmu setinggi mana, tanpa semangat yang tinggi, anda tak akan kemana. Buatlah apa saja untuk membina semangat. Sertai program untuk mengaktifkan diri samada berbayar atau percuma. Lebihkan bergerak dan penuhi masa anda dengan aktiviti positif untuk membina semangat. Orang yang tidak aktif dan tidak bergerak secara automatik membunuh semangat diri.
  3. Kesabaran – Semangat yang besar mana sekalipun jika tidak disertakan dengan kesabaran akan hancur berkecai. Melatih kesabaran dapat dilaksanakan dengan mengambil sikap menghabiskan apa saja yang dilakukan. Tamatkan apa saja yang anda telah mulakan dan jangan berhenti sekerat jalan. Ingat! apa saja bermakna tidak semestinya urusan perniagaan sahaja. Anda tak akan tahu tahap kesabaran selagi tidak mencampak diri dalam ujian. Sabar bukan ada hanya di mulut, tetapi di dalam segala tindakan kita meneruskan perjalanan tanpa henti.
  4. Kepercayaan – Tanpa kepercayaan, semangat tinggi dan kesabaran akan mati. Dengan menambah maklumat dari pembacaan dan mendengar serta melihat kejayaan orang lain akan membina kepercayaan. Oleh itu bina data pekercayaan sebanyak mungkin dalam minda selagi hayat dikandung badan.
  5. Kawan – Ramai yang tak sedar dengan kelebihan berkawan. Tambah lagi dalam suasana desakan kehidupan zaman moden ini, ramai yang mengambil sikap meminggirkan aktiviti berkawan. Kawan adalah antara perkara penting yang perlu ada pada semua usahawan. Dengan kawan kita kogsikan masalah, kejayaan, peluang dan lain-lain lagi. Kawan yang baik tidak pernah mengharapkan balasan. Kawan yang baik sentiasa memberikan ilmu, semangat, dan kepercayaan yang kita perlukan untuk berjaya.
  6. Kenalan – Dari kenalan kita bina kumpulan kawan baru. Usahawan perlu buang sikap malu dan malas untuk berkenalan. Jangan terus harap bantuan dari kenalan baru kerana tujuan berkenalan adalah untuk berkawan. Pastikan aktiviti berkenalan tidak putus kerana untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sekarang kita perlukan kenalan yang lebih baik daripada yang telah ada.
  7. Modal – Selain dari wang, kemahiran adalah modal yang jauh lebih bernilai daripada wang ringgit. Malah dengan kemahiran modal akan datang bergolek di depan mata.
  8. Idea – Idea tak akan datang jika otak tidak digunakan untuk berfikir secara kritis. Luangkan masa berfikir secara sistematik dengan menggunakan pen dan kertas. Aktiviti berfikir perlu menjadi rutin usahawan sekurang-kurang sejam setiap hari.
  9. Kegagalan – Kegagalan bukan penamat. Kegagalan hanyalah satu keputusan untuk menilai kaedah yang telah digunakan sebelum ini untuk pedoman di masa hadapan. Orang yang tidak pernah gagal sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa. Lebih banyak orang belajar dari kegagalan daripada kejayaan. Oleh itu bersedia untuk menerima kegagalan dan terus mencuba dengan kaedah yang berbeza.
  10. Kejayaan kecil – Kejayaan kecil perlu dikumpul sepanjang masa. Jangan pandang remeh akan semua kejayaan yang sekecil-kecilnya sekalipun ianya hanyalah sekadar berjaya membantu mengambil pen orang yang terjatuh. Raikan kejayaan kecil kerana ia membina rekod kepuasan dan keazaman untuk terus berjaya




credit to: sumber  http://hidupringkas.com/keusahawanan/10-perkara-yang-perlu-dikumpul-untuk-menjadi-usahawan-berjaya/

TOP 10 USAHAWAN TERKAYA DI MALAYSIA

10. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary








Nilai kekayaan: USD 1.8 billionSumber asal: Self made (tidak diwarisi)
Industri utama: Kejuruteraan, tenaga & pembinaan
Ranking dunia: #1,161


Seorang yang tidak asing lagi dalam dunia keusahawanan dan senario politik tempatan — beliau juga pernah dinobatkan secara rasmi sebagai usahawan bumiputera paling kaya pada tahun 2015.
Bermula sebagai pedagang beras pada era 90-an, beliau kini lebih memberi fokus kepada organisasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti MMC Corp serta DRBHicom.
Penglibatan MMC Corp dalam projek MRT telah melonjakkan nilai kekayaan beliau.
Walaupun dikenali sebagai seorang yang sangat bersederhana dan low profile, beliau tidak pernah sunyi daripada dikaitkan dengan kontroversi serta liputan media.
Contohnya, beliau baru-baru ini menerima kritikan disebabkan penjualan 49.9% saham Proton kepada syarikat dari negara Cina, Geely Holding.

Ketahui Kaedah Memulakan Startup Dengan Modal Bawah RM500!

9. Tan Sri Datuk Tiong Hiew King








Nilai kekayaan: USD 2 billionSumber asal: Self made (tidak diwarisi)
Industri utama: Pembalakan, perhutanan & media
Ranking dunia: #1,030


Pernah menjadi seorang penoreh getah di usia remaja, beliau kini merupakan pengasas kepada organisasi gergasi, Kumpulan Rimbunan Hijau.
Organisasi beliau mempunyai operasi perhutanan di 16 buah negara termasuk Papua New Guinea dan Malaysia.
Beliau juga pernah diberi penghormatan oleh Ratu Elizabeth walaupun menerima kontroversi dan tentangan dari pencinta alam sekitar.
Selain itu, Kumpulan Rimbunan Hijau juga memiliki syarikat penerbitan dan akhbar berbahasa cina di Malaysia, Amerika Syarikat serta Kanada.

8. Tan Sri Lau Cho Kun








Nilai kekayaan: USD 2.08 billionSumber asal: Diwarisi dari keluarga
Industri utama: Kelapa sawit & hartanah
Ranking dunia: #973


Syarikat yang beliau ketuai, Hap Seng Consolidated Berhad, terlibat dalam pelbagai aktiviti dan industri termasuk automotif — di mana syarikat ini memegang hak penjualan serta pengedaran Mercedes-Benz di Malaysia.
Namun, aktiviti dalam sektor hartanah sebenarnya yang menyumbang kepada lonjakan nilai kekayaan beliau.
Walaupun tidak sering diperhatikan oleh penganalisa kewangan semenjak tahun 2012, syarikat beliau berjaya memberi pulangan 400% kepada pelabur dalam tempoh 3 tahun.

7. Tan Sri Yeoh Tiong Lay








Nilai kekayaan: USD 2.1 billionSumber asal: Self made (tidak diwarisi)
Industri utama: Pembinaan, tenaga & hartanah
Ranking dunia: #973


Beliau merupakan pengasas kepada syarikat korporat gergasi, YTL dan keluarga Yeoh memang merupakan antara keluarga elit yang terkenal.
Kekayaan keluarga beliau pernah mendapat perhatian dunia apabila pada tahun lepas, foto rumah agam beliau di Kuala Lumpur tular di media sosial.

Dapatkan Kemaskini KuDagang Terus Ke Emel Anda Di Sini

6. Tan Sri Dato’ Lim Kok Thay








Nilai kekayaan: USD 4.45 billionSumber asal: Diwarisi dari keluarga
Industri utama: Kasino, hiburan & perjudian
Ranking dunia: Tiada


Bapa beliau, mendiang Tan Sri Dato Lim Goh Tong merupakan seorang lagenda dalam dunia keusahawanan dan bapa kepada industri kasino negara ini.
Namun, beliau juga tidak kurang hebatnya kerana berjaya membawa empayar yang diwarisi ke peringkat global.
Beliau tidak mahu mewarisi gelaran “Raja Kasino” seperti yang diberi kepada mendiang bapa beliau.
Sebaliknya, beliau berazam menjadi “Raja Kapal Cruise Asia” dengan memiliki beberapa syarikat pelayaran cruise menerusi empayar Genting.
Beliau pernah berkata hanya akan bersara apabila keseronokan melakukan perniagaan telah lenyap dalam diri beliau.

5. Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng








Nilai kekayaan: USD 4.7 billionSumber asal: Self made (tidak diwarisi)
Industri utama: Kelapa sawit, bahan kimia & hartanah
Ranking dunia: #348


Sewaktu beliau berumur 11 tahun, beliau pernah berhenti dari sekolah untuk menjual aiskrim bagi membantu keluarga beliau yang susah.
Setelah menyedari kepentingan pelajaran untuk mengubah nasib beliau ketika itu, beliau kembali bersekolah setelah meningkat usia remaja.
Melalui IOI Group milik beliau, beliau membawa Malaysia sebagai antara negara utama dalam pasaran kelapa sawit dunia.
Disebabkan pasaran kelapa sawit dunia yang tidak menentu, beliau jatuh dari tangga ke-3 terkaya di negara ini semenjak tahun 2014.
Namun, beliau tetap yakin dan passionate dalam industri ini.

4. Tan Sri Dr Teh Hong Piow








Nilai kekayaan: USD 4.75 billionSumber asal: Self made (tidak diwarisi)
Industri utama: Perbankan, kewangan & pelaburan
Ranking dunia: #348


Antara ‘orang lama’ dalam dunia perbankan, beliau membina Public Bank dari kosong dan sekarang; saham beliau dalam bank tersebut adalah antara penyumbang terbesar kepada kekayaan beliau.
Walaupun Public Bank dikritik disebabkan budaya pengurusan yang sangat konservatif, namun bank ini merupakan pemegang rekod membuat keuntungan berterusan selama 50 tahun.

3. Ananda Krishnan








Nilai kekayaan: USD 6.5 billionSumber asal: Self made (tidak diwarisi)
Industri utama: Telekom, media & minyak
Ranking dunia: #219


Beliau merupakan seorang hartawan yang melibatkan diri dalam pelbagai industri.
Antara syarikat-syarikat milik beliau yang sangat dikenali oleh kebanyakan rakyat Malaysia adalah Maxis, Astro serta pawagam TGV.
Beliau juga merupakan salah seorang dari pengarah awal untuk Petronas dan dikatakan beliau merupakan individu yang memberi idea mengenai pembinaan Menara Berkembar Petronas kepada Tun Dr Mahathir.
Ananda Krishnan merupakan seorang lagi antara usahawan paling kaya di Malaysia yang jarang sunyi daripada kontroversi.
Beliau dikehendaki oleh Mahkamah Tertinggi India untuk siasatan mengenai urus niaga beliau di negara itu. Selain itu, beliau juga pernah dikaitkan dengan kontroversi 1MDB.

Ketahui Kaedah Memulakan Startup Dengan Modal Bawah RM500!

2. Tan Sri Quek Leng Chan








Nilai kekayaan: USD 6.8 billionSumber asal: Diwarisi dari keluarga
Industri utama: Perbankan, kewangan, pelaburan & hartanah
Ranking dunia: #202


Beliau merupakan salah seorang dari pengasas Kumpulan Syarikat Hong Leong Malaysia — yang dibangunkan bersama adik-beradik beliau menggunakan kekayaan yang mereka warisi.
Kini, beliau merupakan orang ke-2 terkaya di Malaysia dan keluarga Quek merupakan keluarga ke-7 paling kaya di Asia.
Beliau bersara dari jawatan beliau di Hong Leong pada tahun lepas dan kini lebih memberi fokus kepada pelaburan.

1. Robert Kuok








Nilai kekayaan: USD 11.4 billionSumber asal: Self made (tidak diwarisi)
Industri utama: Kelapa sawit, perkapalan & hartanah
Ranking dunia: #115


Beliau merupakan ‘jaguh’ bertahan dalam senarai usahawan paling kaya di Malaysia.
Walaupun sering disalah anggap, namun beliau bukan seorang “Tan Sri” mahupun “Tun”.
Beliau menolak daripada menerima sebarang bentuk darjat penghargaan kerana beliau hanya mahu dikenali sebagai seorang usahawan dan ahli perniagaan yang cemerlang; bukan sebagai seorang yang berpangkat atau mempunyai pengaruh politik.
Pernah bermula sebagai seorang kerani rendah, beliau akhirnya digelar sebagai “Raja Gula Asia” disebabkan monopoli beliau dalam industri gula.
Empayar perniagaan beliau juga luas dan merangkumi pelbagai syarikat termasuk rangkaian hotel mewah Shangri-La serta pawagam GSC.





credit to: sumber  https://kudagang.com/usahawan-paling-kaya-di-malaysia-2017/

USAHAWAN YANG BERJAYA

Usahawan merupakan seorang yang mampu mencipta produk mereka sendiri. Usahawan juga seorang yang mempunyai kemahiran dan berdaya kreatif bag...